Friday, 6 June 2014

OGSM

20140606_213859

Alhamdulilah..
aku diberikan rezeki untuk hadir ke OGSM 23
1st time datang sini
ramai kawan2 lama yang aku jumpa(Salehuddin,buya,hanan,yasu,ramai lagi(
OGSM ni kali pertama aku hadir
best gak program dan pengisian dia
tq pada johnson johnson my main sponsor
i stay in hotel royal chulan damansara
nice hotel
its 4 star hotel

this events held from 4-8 june 2014
theme for this OGSM : BACK to BASIC
if u want to know detail about OGSM and lecture given.
i will update that lecture inside my O&G blogspot...
iklan jee... ni




20140606_213425

Wednesday, 4 June 2014

buku pink

4/6/2014

1st booking my wife..dah 8 minggu ikut kiraan POA..
aku scan baby aku sendiri..scan by his walid..hehe..
CRL seel parameter around 7 week 2 day & REDD 19/1/2015
follow EDD(12/1/2015)
Fetal heart seen too..
Ya Allah tq..

sedihnya arini aku g KL sorang2 selalu wife aku ikut.
malam ni tido di royal chulan damansara hotel sorang2...
hotel ni sebelah ikea..best..
tapi teringat my wife..love her..

Thursday, 29 May 2014

Terima kasih Ya Allah ujian MU

Di saat aku hendak pindah ke HSIJB dan sambung belajar utk sarjana perubatan O&G(master),
di saat ini ko menguji diriku dengan isteri ku(teman hidupku) dengan pelbagai ujian..
Terima kasih ya Allah Engkau memberi rezeki anak kepada ku..
Di samping Engkau memberi rezeki,
Engkau tetap menguji kami..
terima kasih ya Allah..ujian yang Engkau beri ini adalah untuk mengingat kan diri ku yang mudah lupa dan leka dengan nikmat dunia..
Ujian itu merupakan tanda Engkau masih sayang pada diriku ini dan diri pasangan ku..

ujian yang Engkau berikan kali ini adalah ujian DUIT..

DUIT itu mmg mainan dunia..
Ramai orang kata jangan jadi hamba DUIT
DUIT punca orang gaduh
DUIT punca orang benci orang
DUIT punca orang bunuh dan pukul orang..
DUIT punca adik beradik berpecah
DUIT punca suami isteri bergaduh
DUIT punca orang tipu orang
DUIT punca orang aniaya orang
DUIT punca ramai orang jadi psy patient
DUIT punca orang stress dalam dunia ini
DUIT punca orang jual maruah diri

ni kalau salah guna duit...
tapi DUIT mcm ni ke yang aku ingin kan untuk kehidupan di dunia ini..
apa tujuan aku di ciptakan di dunia ini
adakah untuk DUIT...
tipu laa kalau ada orang kata dia x nak duit..
semuaorang nak DUIT
semuaorang gilakan DUIT
kopiah pun boleh hilang pasal DUIT
Agama boleh dijual sebab DUIT
Boleh bertukar jadi imam,bilal & ustad pasal DUIT
Boleh bercerita pasal agama kalahkan ulama pasal DUIT

Adakah DUIT yang salah??

tapi dengan DUIT juga kita boleh dekatkan diri kita dengan ALLAH
DUIT boleh digunakan utk sedekah & derma
DUIT boleh digunakan utk bina masjid
DUIT boleh beri org miskin makan
DUIT boleh tutup aurat
DUIT boleh kita naik kan taraf hidup & kesihatan kita
DUIT boleh bantu kita pergi Haji
DUIT boleh bayar zakat
DUIT boleh bantu kita pergi masjid
DUIT boleh beri anak isteri kita makan & tempat tinggal
DUIT boleh beli kain kapan
DUIT boleh upah orang gali kubur kita

Sebenarnya DUIT ini Ujian Allah untuk kita di Dunia ini..
ALLAH uji kita bagaimana kita nak guna DUIT kita ini sebaiknya..
samaada kita nak guna DUIT kita ni ke jalan neraka atau ke jalan Syurga..
kita yang pilih...
pilihan cuma ada dua je...nak neraka atau syurga...
Cuma kita je x nampak...UJIAN ALLAH ini
kita Asyik salahkan ALLAH...
sbnarnya kita yang salah....

ya ALLAH Alhamdulilah diatas rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku ini..
YA ALLAH Alhamdulilah diatas Ujian yang Engkau berikan kepada ku..

*bila Allah uji kita banyakkan istigfar dan ucap Alhamdulilah k....
Ingat Ujian Allah tu tanda Allah sayang pada kita...


Friday, 23 May 2014

master registration and Farewell party

Ya Allah Alhamdulilah

masa aku nak pindah ke HSIJB ni byk sgt nikmat dan ujian yang aku hadapi..
tq Allah
 21/5/2014 aku g putrajaya utk register master program under KKM punya program HLP
byk dia explain tentang master program..
aku boleh bayang kan hidup aku selama 4 tahun sebagai master student a.k,a MO O&G a.k.a Future father a.k.a husband jarak jauh..kena siap sedia kan time table ni..kena pandai bahagikan masa..nak kena update webcam..kena sentiasa ada kan masa utk isteriku tersayang.

22/5/2014
O&G doctor and boss celebrate farewell party aku n dr irene di pizza hut..
rasa terharu n sedih juga..
aku dapat hadiah power bank diaorang hadiahkan..baru petang smlm aku ckp dgn wife aku nak beli power bank..tq Dr fatimah(my hardworking bos),Dr nachi(my infertility boss),nurul naziha,iza,azreen,molle(co-ordinator majlis perpisahan aku),irene,dina(pembeli hadiah utk aku & my best fren too),dr dalila yang berada di india,dr noribah(my sifu).tq u all and sorry for everything k..mlm tu aku balik muar nak tgk rumah muar yg tgh cat dan pasang air cond..
sebab lepas ini isteriku yang ku sayangi akan tinggal di situ..so kena prepare kediaman yang selesa utk si dia dengan bakal anak yang akan di lahirkan..

tq semua

Tuesday, 20 May 2014

LMP 5/4/2014

My wife LMP:5/4/2014 & EDD 10/1/2015
Alhamdulilah ya Allah..
hampir dua tahun aku tunggu kehadiran cahaya mata..
2nd UPT we did was positive
Last Monday(19/9/2014),i scan my wife and finding by TAS is 4 week and by TVS 5 week..
IUGS seen but no fetal echo seen..
x sabar nak tunggu CRL seen
hehe

plan by me:
will repeat scan after 2 weeks.
Alhamdulilah..
kena belajar cara2 jadi ayah..
didik anak start dari dalam perut lagi k..ikut cara Rasulullah dan sahabat didik anak

checklist untuk 1st trimester pregnancy for my wife:

Makanan:

1. folate acid
2.air zam zam
3.kurma,prune,kismis
4.kacang2(pistachio and gajus)
5.jus buah buahan
6.no junk food
7.no MSG food
8.try to avoid any medication class C above
9.no cold water
10.no air gas

persediaan diri :
1.baca Al-quran everyday
2.solat jangan tinggal
3.banyak sedekah
4.belajar sabar
5.byk beristigfar dan memaafkan orang
6.kurangkan stress
7.jaga tido
8.makan kena cukup.
9.no buat kerja rumah yang berat2(saya buat semua)
10.selalu mendampingi wife and baby



jus Mangga (made by si suami)


TVS scan by si suami


TAS scan by Si suami


Diari Hamil: gift from my bestfren (Ahmad Hussein from Pustaka Hussein Muar johor)


2nd UPT=+Ve(Alhamdulilah Tq Allah)




Saturday, 17 May 2014

UPT

11 may 2014..

wife aku sudah delay mensus dia 5 hari..ari sebelum tu aku locum di penawar labis
dia paksa aku utk beli UPT strip dari penawar labis
pada Mula nya aku rasa mcm malas..sbb dulu pernah beli result dia sama.xnak wife aku sedihh
sbb aku syg dia sgt
xnak lihat dia sedih langsung
biar aku menangis dan sedih jangan dia sedih
i love her so much

Ya Allah bila buat hasil dia weak positif..time tu dia dah 5 minggu 2 hari
so kena repeat balik this week..
sedih kegembiraan
aku oncall dgn hati yg gembira..
ya Allah di saat aku merayu dan meminta ko memberi
tq Allah
aku terus sujud syukur
aku teringat janji ku dgn Allah nak belanja staff aku and staff pergigian kfc
permudahkan dan pertambahkan rezeki kami

sekarang dah mula percatu makanan utk baby 1st trimester
makanan t mesti high folic acid,high proteinm high carbohydrates high vitamin
so aku beli buah,beli kacang uah plum dan susu kambing
tujuan utk baby 1sg trimester..process organogenesis bermla...
kena jaga bebaik..
setiap hari wajib mkn folate+air zam zam+ kurma

doakan baby kami k..
Ya Allah bantu la hamba Mu ini yang memohon pertolongan dari Mu

Amalan si suami ketika isteri Hamil

amalan ini untuk ingatan diri ku sendiri dan kepada para2 bapa..
kita kena ingat..70% perangai anak akan datang dipengaruhi oleh perangai ibu bapa ketika isterinya hamil..
ingat sahabat2 ku..Didik anak ketika dalam kandungan lagi k..sebelum kita didik anak kita.didikla diri kita sendiri dulu k..

AMALAN BAIK UNTUK SUAMI SEMASA ISTERI HAMIL
Khas utk suamiku..
Baca ye kanda..
1. Banyakkan baca surah Luqman, Yusuf, Fatihah, Yasin, surah Ah-Nahl:78, surah Al-A'raf:189 dan ayat Kursi
2. Banyakkan baca doa keselamatan isteri yg mengandung dan anak dalam kandungan.
3. Banyakkan baca alQuran
4. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT
5. Banyakkan puasa sunat, puasa Isnin- Khamis dan puasa sunat lain
6. Banyakkan solat berjemaah
7. Dilarang makan benda benda haram, memberi isteri wang haram atau hasil riba.
8. Elakkan pergi ke tempat yg dilarang syarak
9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan agama
10. Suami hendaklah mengelakkan diri dari rasa marah dan benci kepada isteri
11. Suami hendaklah banyak bersabar dan menjaga hubungan dengan isteri
12. Hendaklah menutup aurat.
ADAB SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG
1. Suami hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
2. Suami hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam.
3. Selesaikan dahulu perselisihan faham dengan isteri sekiranya ada sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah lafazkan perkataan 'talaq'
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca ayat
" la illah ha illah anta subhanaka inni kuntu minadzolimin"
6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan keselamatan isteri dan anak.
DORONGAN SUAMI TERHADAP ISTERI SEMASA BERSALIN
Suami yg soleh akan merasakan penderitaan isteri secara tidak langsung. Suami harus banyak terlibat dalam penjagaan kehamilan, kelahiran dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah selalu memberi motivasi agar isteri tetap tabah dan sabar. Suami juga harus banyakkan berdoa, berselawat dan beristighfar selalu. Dengan ini isteri akan merasa tenang dan memudahkannya bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan kepada wanita. Dari segi fizikal, wanita harus menampung kandungannya dan tubuhnya harus bekerja lebih kuat dari biasa. Jantungnya mengepam darah 40% lebih dari keadaan biasa. Buah pinggang ya pula harus membuang kekotoran dari bayinya juga dan wanita juga mengalami perubahan emosi dari semasa ke semasa.
Waktu berpantang dan selepas kelahiran, bayi juga akan menimbulkan tekanan jiwa dan emosi keerana dia harus menyusu dan membersihkan bayi setiap 2-3 jam setiap malam. Suami yg baik harus membantu menjaga Dan mengurangi beban isteri di waktu malam.
Tanggungjawab suami terhadap isteri berterusan dari mula kehamilan sehinggalah Menjaga anak adalah Pekerjaan yg harus dibantu suami Agar isteri merasakan kebahagiaan dan Keringanan dalam menjalankan tanggungjawab berat itu.
TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP KELAHIRAN ANAK
1. Menanam uri-Orang tua dahulu mEngamalkan adab menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan Dan membalutnya dengan kain dan ditanam.
2. Mengazankan dan mengqamatkan anak- Tujuannya adalah untuk mengingatkan anak terhadap perjanjiannga dengan Tuhan di alam rohani.
3. Mendoakan anak- doa agar anak patuh terhadap Allah: surah albaqarah: 128
Doa Diberi anak yg baik: surah al Imran : 38
Doa diberi zurian yg menyenangkan hati : surah Furqan: 74
Doa agar anak tetap mengerjakan solat : surah Ibrahim: 40
Doa ketika memberikan nama kepada anak.
4. Memberikan nama yg baik kepada anak. Dan tidak memanggil anak dengan nama gelaran yg buruk.
5. Melakukan penyembelihan akikah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan pada ketika anak berusia 7 hari ( digalakkan)
6. Mengkhatankan anak.
7. Mendidik moral anak.