Thursday 16 May 2013

selamat hari guru


Selamat hari Guru (16/5/2013)

Engkaulah Guruku yang terbaik sehingga akhir hayat ku

Sebelum aku lahir ke muka bumi ini lagi.
Engkau dah start mengajar dan mendidik aku
Engkaulah Guruku yang mendidik aku sejak dalam kandungan lagi
Engkau mengajar aku bercakap perkataan mama papa bye2
Engkau mengajar aku bertatih dan merangkak
Engkau mengajar aku berjalan
Engkau selalu mendengarkan ayat-ayat al-quran untuk ku
Engkau mengajar aku mengajar aku mengenal dunia
Engkau mendidik aku menjadi orang yang berguna
Engkau mengajar aku mengenal dosa dan pahala
Engkau mengajar aku mengenal penciptaKu
Engkau mengajar aku ABC dan 123
Engkau mengajar aku mengira dan membaca
Engkau mengajar aku sehingga aku berjaya menjadi seorang doctor
Engkau mengajar aku tentang kehidupan
Engkau mengajar aku cara untuk menghormati orang tua
Engkau mengajar aku cara puasa dan solat

Mak dan ayah
Engkaulah Guru yang terbaik dan yang masih setia dengan aku sehingga hari ini.
Engkaulah guru yang tidak pernah putus asa mendidik aku sehingga aku sudah berumah tangga
Engkaulah guru yang tidak pernah meminta yuran pengajian untuk mendidik aku yang jahil dengan kehidupan ini.
Engkaulah guru yang bersungguh-sungguh untuk melihat aku berjaya

tq mak tq ayah kerana sudi menjadi Guru untuk diriku ini.
 
Selamat hari guru untuk mak ayah.dan mak abahku..
luahan hati kecilku untuk kedua-dua ibu bapa ku.
 
p/s:selamat hari guru untuk guru2 sekolah rendah ku(Sekolah Rendah Bandar Maharani),guru2 sekolah menengahku(Maahad Muar dan Mrsm q-ber),guru2 university ku(RSMU)
tq to u All
 
tanpa dirimu semua tiadalah aku disini pada hari ini...
aku hanyalah insan yang perlu di bimbing lagi
aku perlu bimbingan Mu juga
Ya Allah



Thursday 9 May 2013

Umrahku RahmatMu (3)(ujian sebelum pergi)

Sambung kembali mengenai Umrah kami

Sebelum Kami pergi berangkat ke Mekah dan Madinah.
Allah menguji kitaorg..

Semakin kita berusaha untuk mendekati Nya semakin banyak Ujian dan cubaan yang akan di beri.
Kenapa Allah uji kita semua?
sebab:
Dia masih sayang kat kita.
Dia rindu mendengar suara kita memohon dan merayu doa
Dia hendak hapuskan dosa2 kita yang lepas.
Dia hendak memberi kita sesuatu nikmat yang tidak kita sangka
Dia uji kesabaran kita.keimanan kita.setianya kita kepadaNya
Dia nak kita menginsafi diri kita yang selalu buat dosa dan lalai ini
Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita.kadang2 kita rasa apa yang kita mahu dan plan itu terbaik untuk kita tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita berdasarkan kemampuan kita.Allah x kan uji kita di luar kemampuan kita.

Jangan sampai Allah tidak uji kita...Bila tiada ujian untuk kita maksudnya Allah dah benci kita
Allah xnak dengar suara kita
Allah murka dengan kita
Allah x kasi hidayah dan rahmatNya lagi

bersyukurla kawan2 dengan Ujian yang Allah kasi kepada kita..

Ujian yang kami terima.

1st ujian 
Profesional pekerjaan saya sebagai doctor sakit puan.
sebelum berangkat ke tanah suci.
saya hadapi
satu maternal mortalily(kematian ibu mengandung)..pening kepala juga nak jawab dengan Pejabat kesihatan.kementerian kesihatan.Punca kematian Amniotic Fluid Embolism
dua perinatal mortalitu(kematian anak) satu mati dalam kandungan dan satu mati sebab aspiration pneumonia.
3 kejadian ini berlaku seminggu sebelum kami berangkat ke Tanah suci
SubhanaAllah,Alhamdulilah berat sungguh ujian yang Allah kasi ini..

2nd ujian
Mengenai tiket penerbangan kami
pada mulanya tarikh 15/4/2013 tapi di beritahu bahawa tarikh yang kami ambil ini tidak confirm lagi.
pihak agent minta kami pergi awal(7/4/2013).
tapi kami tidak dapat pergi pada tarikh yang di pinta sebab oncall timetable sudah buat dan cuti sudah mohon..susah untuk kakitangan penjawat awam kesihatan untuk ubah tarikh cuti mereka..
Alhamdulilah Allah makbulkan doa kami.agent call kami balik mengenai penerbangan 15/4/2013 sudah confirm dan kami boleh terbang pada tarikh tersebut turun di mekah dahulu.

3rd ujian
ujian visa..
11/4/2013(rabu) kami di beritahu bahawa visa kami tidak dapat lagi dan kami tidak boleh flight pada tarikh 15/4/2013,kami diberitahu oleh pihak agent bahawa kedutaan arab saudi ingin photostat sijil nikah yang disahkan oleh pejabat agama islam malaysia berkuatkuasa 9/4/2013.
kami pun segera menyediakan document yang diminta oleh pihak kedutaan untuk visa kami ke tanah suci.
Alhamdulilah dengan bantuan hj dzulkarnain.document kami dapat di hantar ke agent pada hari yang sama diberitahu.dan document di hantar ke Wisma putra pada 12/4/2013 tetapi passport kami di johor bahru di ibu pejabat agent.ya Allah kuat ujian ini.13/4/2013 passport kami baru dapat hantar ke wisma putra tetapi agent kami gagal untuk mendapat visa pada hari tersebut.
saya berhubung dengan en alif fahmi di jb yang menguruskan visa.dia janji akan uruskan visa kami pada hari isnin tersebut dan kami akan flight pada 18/4/2013..dengan bussiness class seat dan bilik penginapan berdua di madinah dan mekah.Pada 18/4/2013 kami akan turun di madinah dahulu.Akhirnya kami bukan flight pada 15/4/2013 tapi flight pada 18/4/2013.hehehe.kami hamba yang mampu merancang dan melaksanakan apa yang dirancang..

Allhamdulilah.ya Allah cantik sungguh percaturan yang Engkau berikan kepada kami.Engkau beri kami ujian dan Engkau beri kami nikmatMu.Sesungguhnya aku insan yang lemak dan daif ya Allah..


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita,sesungguhnya kita hanya hamba yang cuba untuk melaksanakan apa yang kita rancang.Rancangan Allah adalah yang terbaik.tq Allah



Monday 6 May 2013

Umrahku RahmatMu (2) (persiapan rohani)

Rohani..
hurmm persiapan ni susah sikit..sebab dia bukan persiapan fizikal yang kita boleh nampak..
persiapan ini hanya Allah dan diri kita sendiri sahaja tahu..

1st.
kita ingat solat yang kita buat selama ini dah cukup untuk menjamin kita masuk syurga??
kita ingat sedekah yang kita boleh jamin kita masuk syurga??
kita ingat puasa sunat yang kita buat boleh jamin kita masuk syurga??
kita ingat amalan baik yang kita buat boleh jamin kita masuk syurga??
kita ingat duit dan harta kita yang banyak boleh jamin kita masuk syurga???
kita KENA ingat bahawa cuma dengan RAHMATNYA sahaja kita masuk syurga.

cuba kita  insafi diri dan bertaubat.
cuba kita renung berapa byk dosa yang kita buat secara sengaja dan tidak sengaja..
cuba kita renung kembali apa yg kita pernah buat dulu.
cuba kita ingat apa yang kita buat salah dulu..
cuba kita ingat berapa ramai manusia kita buat salah.
cuba kita ingat berapa ramai manusia kita tipu..
cuba kita ingat sumber rezeki kita halal atau haram
cuba kita ingat berapa bongkaknya kita dulu
cuba kita ingat berapa bakhil,kedekut dan tamaknya kita
cuba kita ingat berapa ramai manusia kita sudah aniaya

Jika kita hitung kembali..pahala yang kita lakukan.pahala yang kita amalkan x boleh terbayar sedikit pun dengan nikmat yang Allah kasi kepada kita..sebesar biji sawi pun kita x mampu nak bayar nikmat yg Allah kasi kepada kita walaupun kita solat seribu tahun,puasa seribu tahun..
kita kena ingat hanya dengan RAHMATNYA sahaja kita masuk syurgaNya..

bagaimana hendak dapat RAHMATNYA..
berdoa bebanyak..bagaimana doa hendak dimakbulkan banyak kan bertaubat dan beristigfar.
banyak beramal soleh untuk Allah makbulkan doa kita..
SEMUA ini Milik ALLAH..blogspot ni pun milik Allah..idea ni pun Milik Allah..
kita tiada apa2 pun..
kita hanya
Seorang Peminjam yang sombong
seorang peminjam yang bongkak
seorang peminjam yang tidak bersyukur
seorang peminjam yang riak dan takbur
seorang peminjam yang lupa diri
 tapi betapa sayangnya Allah kepada kita,
Dia tetap bagi kita pinjam semua nikmatNya tanpa meminta sebarang interest daripada kita pun..(0 % interest) 

wahai kawan2 ku yang hendak pergi Umrah atau Haji.Anda telah dipilih olehNya untuk menjadi tetamu di Rumah suci Nya..
kamu semua telah dipilih untuk bertaubat.
kamu semua telah di beri peluang untuk rehearsal sebelum berjumpa Pencipta kita yang paling Agung.ALLAHHUAKBAR

Jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan kepada kita ini..
Gunakan peluang ini untuk bertaubat,
Gunakan peluang ini untuk berdoa
Gunakan peluang ini untuk merayu RahmatNya untuk syurgaNya.

setakat ini sahaja bingkisan hati dari seorang hamba Allah yang terlalu hina dan berdosa

p/s: untuk pengguna android sila download Application ini.Muslim Life Checklist..
if xblh download..sy boleh share.sila we chat me (zharif6023).Application ni best..cuba try..
baru kita dapat muhasabah diri kita..betapa kurangnya amalan kita

selamat beramal

to be continued...

Umrahku RahmatMu (2)(kesihatan)

Persiapan untuk ke Umrah(Fasa 2)

kali ni nak cerita pasal persiapan ke Umrah..byk gak nak share..

1st persiapan diri.

kesihatan..
Dari segi kesihatan kena fit sikit..

kalau boleh adviseable utk buat jogging setiap pagi atau petang utk yg x pernah jogging.supaya boleh tawaf dan saie dengan mudah.dan x cepat letih masa buat umrah.
tawaf ambil masa 45 minit paling cepat.saie tu sejauh 3.5km(satu pusingan 500m)
plus jarak hotel ke masjidil haram paling dekat 300m sekarang ni..(ada lagi dekat safa tower(lbh kurang 100m) tapi harga pakej dia mak aih paling murah yang saya tanya pada jemaah yang saya jumpa di mekah lebih kurang rm 8000..kalau ada kemampuan lebih,boleh cari pakej2 ni.

Lagi jauh lagi byk dugaan dan lagi byk pahala..hehe.
Lagi dekat lagi mudah lagi cepat untuk kejar saf solat dan lagi byk ibadat dapat di lakukan,..
Jgn risau Allah tu Maha Adil dan Maha Kaya.Dia akan bantu hambaNya dengan sebaik yang boleh k..doa bebyk denganNya dan minta denganNya agar dipermudahkan urusan k..

Injection untuk acwx vaccine(meninggococeal injection) untuk umrah boleh didapati di klinik2 private harga sekitar rm 120 ( tahan selama 3 tahun).Injection ni amat penting sgt.kerana kebanyakkan jemaah yang balik akan dapat URTI (upper respiratory tract infection) di khuatiri yang paling bahaya meninggococeal infection yang boleh menyebabkan berlaku sawan dan encephalitis and meningitis.Vaccine ini untuk prevention.jgn lupa bawa face mask

"lebih baik mencegah daripada merawati"

untuk yang ada kencing manis,darah tinggi.sakit jantung,semput dan rabun
sila buat medical check up dan check penglihatan
sebelum anda pergi ke Umrah.make sure anda betul2 sihat untuk buat umrah
jgn lupa bawa ubat-ubatan secukupnya untuk ke sana..
sila remind mutawif(ustad yg mengiringi ke Umrah) mengenai penyakit kamu

senaraikan sakit apa yang korang hidapi beserta nama ubat yang korang makan
dan alahan pada makanan atau ubat-ubatan di atas satu kertas yang lawa dan di laminatekan.
kertas yang telah di laminatekan itu sila letak bersama passport nnt k.atau letak dalam sling bag umrah yang disediakan bersama pakej..

contoh :


Nama: Ahmad bin Abu
Passport number: A12345678
Penyakit : darah tinggi

Ubat yang di ambil: t.amlodipine 10 mg OD(nama ubat sila tanya doctor yang rawat anda)

Alahan: telur,seafood

p/s:penting masa kecemasan..supaya dapat memberi rawatan terbaik utk kita.

"sediakan payung sebelum hujan,jgn dah hujan baru nak pakai payung.."
"badan yang sihat,ibadat yang khusyuk"

untuk wanita yang takut period masa umrah ada ayat amalan yang boleh diamalkan
dan untuk ubat yang hendak di ambil.sila ambil 3 bulan sebelum dan makan setiap bulan.supaya kita dapat control period kita..(jgn amik injection sbb injection x berhenti kan period serta merta)..
ubat yang kita makan itu merupakan pil perancang(contraception pil)..tapi kena faham ye..ni semua usaha kita untuk bantu control period kita tapi semua ni atas izin Allah.
jgn risau Allah nampak hambanya yang usaha.lagi byk kita lagi usaha lagi byk ujian yang diberi..
minta dengan Allah.(doctor hanya perantaraan(medium) yang membantu k)
insya Allah akan kasi k.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.

Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.

Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah 

to be continued......

Umrahku rahmatMu (1)

assalamualaikum..
lama gak aku x menulis blogspot ni..
so kali ni aku nak share pasal pengalaman umrah aku dan isteriku tercinta(Noor fadzilah)

Umrah 1st aku dulu pada 2011 aku pernah berjanji dengan Allah untuk membawa isteriku untuk bertemu dengan Mu utk menjadi tetamu Mu..
Alhamdulilah pada tahun ini Allah memberi kami nikmat rezeki yang lebih dan nikmat sihat utk kami mengerjakan Umrah bersama pada tahun 2013.
ini merupakan HoneyMoon kitaorg pertama untuk ke luar negara.
kami sudah berkahwin setahun (31/3/2012)..ini hadiah honeymoon kami.
tq Allah sebab sudi kasi hadiah yang terbaik untuk kami.Allah yang kasi hadiah ini..

Perancangan untuk Umrah(fasa pertama)

kami start merancang untuk ke umrah pada tahun 2012 lagi..lepas kawin lagi
kumpul duit skit2 dalam public mutual.Alhamdulilah Allah kasi rezeki lebih skit utk kami pergi pada tahun 2013
kami buat study pasal agent2 umrah ni.antara agent yg kami study(al-fajr,tiram,andalusia,Ar-raudah,masamas travel)
kami buat comparison pasal harga,pakej yang di tawarkan,hari yang di berikan,tarikh2 yang sesuai(make sure tarikh yang di pilih tu x kena period isteri kalau x,kesian si dia),flight yang disediakan,penginapan Mekah yang paling penting(tapi sekarang banyak hotel di mekah dah dirobohkan.kerana saudi dalam usaha untuk membesarkan Masjidil haram) dan kami juga tanya pendapat2 jemaah yang kami kenal mengenai pakej yg dia pernah join.
kalau boleh,pilih agent yang kita senang jumpa supaya nnt bila kursus umrah x yah travel jauh.

so selepas istiharah dan study yang serba sedikit kami lakukan.kami berjumpa Hj Dzulkarnain yang merupakan agent tiram travel Muar johor.pada bulan december 2012

pasport kena make sure x kurang dari 6 bulan tarikh untuk berangkat ke tanah suci.make sure sgt tu penting k.
kami kerja kerajaan,so untuk orang yang kerja kerajaan kena minta cuti paling lewat 6 minggu sebelum berangkat..dan jangan lupa tanya agent pasal insuran perjalanan kerana nnt hendak disertakan bersama dengan borang cuti..

Document yang diperlukan untuk kerajaan cuti:
  1. salinan photostat passport
  2. borang dari pejabat
  3. salinan insuran perjalanan
  4. surat dari agent umrah mengenai perjalanan
  5. senarai tugasan kerja kita sebagai penjawat awam
kami ambil masa sebulan juga nak settlekan semua document ni,dapat feedback dari jknj dalam masa sebulan sblm flight.

Alhamdulilah fasa pertama berjalan dengan mudah dan lancar..
tq Allah kerana permudahkan urusan kami.

kalau Allah kata dia jemput kita.x kira kita xde duit,xde masa,ada byk masalah,Allah akan bantu kita InsyaAllah.sebab Allah yang aturkan semua ini cuma kita yang kena usahakan dan doa kepadaNya.
setiap masalah yang di beri ketika preparation ni.semua adalah ujian untuk dia bantu kita hapuskan dosa kita sebelum berjumpa denganNya.
terima dengan redha k.hehe

to be continued