Monday 27 July 2015

3 siri

Alhamdulilah..hari ini genap sudah aku berusia 30 tahun(28/7/85)
terima kasih ya Allah kerana bagi nikmat hidup selama 30 tahun ini
apa yang aku balas kepada Allah sebagai tanda terima kasih aku kepada Nya yang memberi aku pinjam nikmat nyawa,kehidupan,islam,iman dan keluarga ini..
banyak nikmat yang Allah kasi yang aku sendiri tidak terbalas lagi..
kalau dihitungkan amalan aku dengan nikmat yang Allah kasi
teramat laa sedikit..mcm ibarat sebesar zarah je tanda terima kasih aku yang aku berikan kepada Allah..

Solat-
hurm..tidak tepat pada waktunya,solat mcm lipas kudung-laju mcm pelesit
x menghayati solat aku
berapa kali aku menangis keranaMu Ya Allah...
berapa byklaa solat yang Allah terima..aku terlalu byk leka..

Allah bagi aku nikmat berkeluarga dan mempunyai zuriat
adakah aku melaksanakan tanggungjawab aku dengan baik..
hurmmm..byk sungguh benda yang aku lalai dan leka
aku byk kejar dunia dari akhirat..

Kubur kata mari dunia kata pergi..
tu hakikatnya..
makin bertambah umur makin dekat dengan kematian
adakah aku dah prepare untuk meninggal dunia yang penuh dengan fitnah dajal ini..
adakah aku sudah beri persediaan yang cukup untuk keluarga aku..
klau ditulis balik dosa yang pernah aku buat..rasa tidak cukup blog ini untuk aku tulis ini..
klau di suruh tulis pahala yang aku buat pulak..mungkin tidak penuh blogspot ini..
ya Allah hinanya dirii

Selamat hari lahir ke 30??atau selamat menuju kematian ke 30??
mana yang betul sebenarnya..

renungkan laaa kawan2
apa yang kita telah achieve dalam 30 tahun kehidupan kita sebagai Hamba Allah ini..
adakah selama 30 tahun di dunia ini,kita jadi hamba Dunia semata-mata..
ya Allah..hinanya diri ini....



mode rindu NoorFadzilah & Ahmad mikail....

Monday 13 July 2015

duit banyak untuk apa??

hari ini aku berjumpa sahabat aku yang lama x jumpa..
terpanggil apabila dia membuka minda ku..bertanya apa tujuan aku cari duit yang banyak?
a.untuk generasi akan datang
b.untuk agama ku
c.untuk menunjukkan kekayaan aku pada orang ramai..
d.untuk beli tiket masuk syurga
e.untuk aku berlagak dengan harta yang aku ada
f.untuk bantu bangsaku
g.untuk beli kereta skyline or hammer
h.untuk beli jet peribadi atau helikopter peribadi
i.untuk beli rumah besar

MCQ question yang aku kena jujur dengan diri aku sendiri

untuk apa tujuannya....

flowchart yang aku rasa aku kena buat..

aku kena cari duit yang banyak untuk

1.aku bagi education yang cukup untuk zuriat dan bantu anak bangsaku
2.bagi peluang rezeki kepada bangsa dan agamaku
3.aku bagi pada agamaku..(bukan semua rezeki itu milik diri ku..tapi 1/10 jee rezeki tu aku punya tapi selebihnya orang lain punya)

tapi...
kalau aku beli kereta mewah takut timbul riak dalam hati tu..tapi aku boleh memiliki kereta mewah dengan syarat-aku kena sentiasa ingat ini semua milik ALLAH
aku boleh ada rumah besar agar aku dapat sentiasa buat usrah dan majlis ilmu dalam rumah tersebut
jet peribadi dan helikopter belum perlu untuk diriku

aku harap semua harta yang aku miliki ini dapat memberi aku VIP tiket masuk Syurga..

amin

ya Allah Ramadan telah meninggalkan ku,dan aku lalai dengan ramadan yang tinggalkan aku ini,...
hamba yang lalai dan leka

Saturday 20 June 2015

Pengorbanan seorang isteri & umi kepada mikail






3rd ramadhan(20/6/2015)

arini aku oncall...

di saat sibuk ini aku teringat isteri yang amat aku sayangi NOOR FADZILAH
Ya Allah terima kasih kerana Engkau kurniakan aku seorang isteri yang amat sempurna dan menyempurnakan agama dan hidupku ini.

Ya Allah pengorbanan isteriku amatlah besar dan terlalu hebat-disaat ini isteriku memerlukan seorang suami untuk berbuka puasa,memerlukan suami untuk membantu menjaga mikail,memerlukan suami untuk menemani beliau pergi ke Bazaar ramadhan,tapi aku tidak dapat menghadirkan diri ku ketika dia amat memerlukan aku.
ketika ini aku sibuk membantu ibu2 yang ingin bersalin di dewan bersalin & membantu khalifah-khalifah yang bakal mengegar dunia ini lahir di muka bumi ini.
apa perasaan isteri ku???
Ya Allah betapa tabahnya Noor Fadzilah ini,
ya Allah betapa hebatnya Noor Fadzilah ini
Ya Allah betapa sabarnya Noor Fadzilah ini
Ya Allah betapa besarnya pengorbanan perasaan dan jiwa Noor Fadzilah ini

Jika aku di tempat beliau,aku rasa aku tidak sehebat,aku tidak setabah ini dan sesabar ini.
Ya Allah terima kasih sekali lagi diatas anugerah yang terindah Engkau kurniakan kepada ku ini(Noor Fadzilah).

aku tidak kisah jika dia hendak membebel berguni-guni,
aku tidak kisah jika dia hendak menyuruh ku membantu dia buat kerja rumah
aku tidak kisah jika dia hendak meluahkan perasaan penat dia,

sebab pengorbanan dia Amat lah besar,di samping pengorbanan jiwa dan dia terpaksa berkorban kepentingan peribadinya untuk membesarkan Ahmad Mikail,dia lah abi & dia lah Umi ketika aku oncall..
betapa hebatnya isteriku ini(Noor Fadzilah).

Dia membebel sebab dia sayang aku,dia rindu untuk berbual dia ingin meluahkan perasaan rindunya dalam bentuk kata-kata,dia rindu untuk bermanja denganku.
Dia meminta aku membuat kerja rumah sebab dia rindu masakan ku,dia rindu layanan ku ketika kami mula-mula kawin dulu,dia ingin mengingatkan aku kembali saat bahagia kami agar aku tidak lupa padanya
dia meluahkan perasaan penat dia sebab dia hanya ada aku sahaja dalam hidupnya tempat untuk meluahkan perasaan..


Terima kasih yang tidak terhingga wahai sayangku Noor Fadzilah,pengorbanan mu terhadapku dan Ahmad Mikail amat besar..


P/s:untuk lelaki di luar sana,hargailah isteri anda....hayatilah pengorbanan nya

Yang Ikhlas Menulis:
Suami kepada Noor Fadzilah & abi kepada Ahmad Mikail Al Ghazi

Wednesday 10 June 2015

Thank you Allah

Assalamualaikum

lama betul tidak menulis blogspot ini
rasa rindu untuk menulis semula..rasa rindu untuk share pengalaman hidup
falsafah hidup yang tiada penghujung ini..
banyak ujian dan nikmat yang Allah beri kepada diriku ini..
1st nikmat mendapat cahaya mata yang sudah lama aku tunggu-pada tanggal 2/1/2015
Ahmad Mikail
2nd nikmat lulus exam Master Part 1.
ya Allah banyak nikmat yang Engkau beri pada ku..tapi aku hidup sebagai hamba ini
kurang bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan kepada ku ini..
terima kasih ya Allah..
akan ku cuba luangkan masa ku untuk menulis dan berkongsi tentang falsafah hidup ku ini,,untuk jadi pedoman bersama...


Sunday 22 June 2014

kewangan

assalamualaikum..
lama x menulis personal blogspot...
bila duduk berjauhan...susah juga...
senarai rintangan dan dugaan yang perlu aku dan sayangku hadapi:

 1.Rindu si dia..i miss everything about her(my love noor fadzilah),i miss her scent,her 'Bebelan',rindu riuh rendah dia,rindu suara dia,rindu muka dia,rindu celoteh dia,rindu merajuk dia...
2.economy issue..overhead expense increase but income decrease..Allah know everythings what HE planned to us..pray pray pray..dont stop pray and appeal to Allah...
tq Allah give me strength and rezeki
3.risau pada si dia yang duduk berjauhan dengan aku..risau dia x makan,risau dia punya safety,worry everything about her
4.time spend with her limited...weekend partner....

i love u sayang

Sunday 15 June 2014

Pengorbanan

tq Sayang sebab sudi berkorban....
tq Sayang sebab beri semangat pada kanda...
buat pertama kali aku berjauhan dengan sayang ku ni...rasa pelik dan kekok...
i miss her and love her very very much...
try to adapt with new environment...
kanda risau sangat sayang jauh di labis seorang diri..rasa hilang semangat tu...
jauh sangat..seminggu sekali baru jumpa...
rindu dinda bebel
rindu dinda merajuk
rindu dinda cari kelemumur kanda...
i miss u a lot sayang..
kanda akan bayar pergorbanan dinda ini dengan kejayaan kanda k..
i will try my best k..miss u..

Friday 6 June 2014

Prof Ajay Rane



i admired Prof Ajay Rane achievement..

one quote by him that deeply touching me

"How best you are,How great you are,How many awards u achieved,How superior u are,
The valuable things in this world is MY FAMILY.Family come first than your work..
Your wife is ur great mentor,your children is your happiness,your parents is your property"

Prof Ajay Rane gave his speech during opening ceremony OGSM 23

i love u my wife
thank you for your support in my carrier
thank you for your sacrifice
thank you for everythings
u are everythings for me
LOVE u sayang




20140603_203245

My Great Assistant