Sunday 14 July 2013

Ramadan



Assalamualaikum
Ramadan kini tiba lagi..
Tq Allah kerana hadirkan bulan ramadan utk kami..

Bulan Ramadan.
bulan yang penuh rahmat.
bulan yang ada malam lailalatul Qadar
bulan yang hamba nya kena kejar mencari rahmat dan pahala Allah
bulan yang banyak sangat pahala yang Allah cuba kasi kepada kita..
bulan yang syaitan 'on leave' selama sebulan
bulan yang pintu neraka Allah tutupkan 
bulan yang pintu syurga Allah buka kan
bulan yang baik utk kesihatan perut kita.(bila puasa kita akan reset semua digestive system dalam perut kita)
bulan yang segala doa kita Allah makbulkan kalau kita betul2 bertakwa
bulan yang Allah janji banyak kebaikan
bulan yang umatNya menyucikan jiwa dan bertaubat kepada Allah
bulan yang x ternilai nikmat yang Allah kasi..

SubhanaAllah..tq Allah

Baiknya Allah kepada kita..apa yang kita beri kepada Allah pada bulan Ramadan ini..
Orang memberi kita hadiah tapi kita tolak hadiah yang orang kasi.bijakkah kita???dan apa perasaan si pemberi hadiah itu kepada kita??hurm
cuba renungkan...

SubhanaAllah..Alhamdulilah

p/s: pada akhir ramadan ini juga saya bertemu dengan isteri saya..saya doa sepanjang ramadan untuk jodoh.Allah kasi.
banyakkan sedekah,sedekah itu merupakan cara untuk Allah ampunkan dosa2 kita yang terlalu banyak..

-HambaMu yang Hina-