Thursday 29 May 2014

Terima kasih Ya Allah ujian MU

Di saat aku hendak pindah ke HSIJB dan sambung belajar utk sarjana perubatan O&G(master),
di saat ini ko menguji diriku dengan isteri ku(teman hidupku) dengan pelbagai ujian..
Terima kasih ya Allah Engkau memberi rezeki anak kepada ku..
Di samping Engkau memberi rezeki,
Engkau tetap menguji kami..
terima kasih ya Allah..ujian yang Engkau beri ini adalah untuk mengingat kan diri ku yang mudah lupa dan leka dengan nikmat dunia..
Ujian itu merupakan tanda Engkau masih sayang pada diriku ini dan diri pasangan ku..

ujian yang Engkau berikan kali ini adalah ujian DUIT..

DUIT itu mmg mainan dunia..
Ramai orang kata jangan jadi hamba DUIT
DUIT punca orang gaduh
DUIT punca orang benci orang
DUIT punca orang bunuh dan pukul orang..
DUIT punca adik beradik berpecah
DUIT punca suami isteri bergaduh
DUIT punca orang tipu orang
DUIT punca orang aniaya orang
DUIT punca ramai orang jadi psy patient
DUIT punca orang stress dalam dunia ini
DUIT punca orang jual maruah diri

ni kalau salah guna duit...
tapi DUIT mcm ni ke yang aku ingin kan untuk kehidupan di dunia ini..
apa tujuan aku di ciptakan di dunia ini
adakah untuk DUIT...
tipu laa kalau ada orang kata dia x nak duit..
semuaorang nak DUIT
semuaorang gilakan DUIT
kopiah pun boleh hilang pasal DUIT
Agama boleh dijual sebab DUIT
Boleh bertukar jadi imam,bilal & ustad pasal DUIT
Boleh bercerita pasal agama kalahkan ulama pasal DUIT

Adakah DUIT yang salah??

tapi dengan DUIT juga kita boleh dekatkan diri kita dengan ALLAH
DUIT boleh digunakan utk sedekah & derma
DUIT boleh digunakan utk bina masjid
DUIT boleh beri org miskin makan
DUIT boleh tutup aurat
DUIT boleh kita naik kan taraf hidup & kesihatan kita
DUIT boleh bantu kita pergi Haji
DUIT boleh bayar zakat
DUIT boleh bantu kita pergi masjid
DUIT boleh beri anak isteri kita makan & tempat tinggal
DUIT boleh beli kain kapan
DUIT boleh upah orang gali kubur kita

Sebenarnya DUIT ini Ujian Allah untuk kita di Dunia ini..
ALLAH uji kita bagaimana kita nak guna DUIT kita ini sebaiknya..
samaada kita nak guna DUIT kita ni ke jalan neraka atau ke jalan Syurga..
kita yang pilih...
pilihan cuma ada dua je...nak neraka atau syurga...
Cuma kita je x nampak...UJIAN ALLAH ini
kita Asyik salahkan ALLAH...
sbnarnya kita yang salah....

ya ALLAH Alhamdulilah diatas rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku ini..
YA ALLAH Alhamdulilah diatas Ujian yang Engkau berikan kepada ku..

*bila Allah uji kita banyakkan istigfar dan ucap Alhamdulilah k....
Ingat Ujian Allah tu tanda Allah sayang pada kita...


No comments:

Post a Comment