Thursday 9 May 2013

Umrahku RahmatMu (3)(ujian sebelum pergi)

Sambung kembali mengenai Umrah kami

Sebelum Kami pergi berangkat ke Mekah dan Madinah.
Allah menguji kitaorg..

Semakin kita berusaha untuk mendekati Nya semakin banyak Ujian dan cubaan yang akan di beri.
Kenapa Allah uji kita semua?
sebab:
Dia masih sayang kat kita.
Dia rindu mendengar suara kita memohon dan merayu doa
Dia hendak hapuskan dosa2 kita yang lepas.
Dia hendak memberi kita sesuatu nikmat yang tidak kita sangka
Dia uji kesabaran kita.keimanan kita.setianya kita kepadaNya
Dia nak kita menginsafi diri kita yang selalu buat dosa dan lalai ini
Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita.kadang2 kita rasa apa yang kita mahu dan plan itu terbaik untuk kita tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita berdasarkan kemampuan kita.Allah x kan uji kita di luar kemampuan kita.

Jangan sampai Allah tidak uji kita...Bila tiada ujian untuk kita maksudnya Allah dah benci kita
Allah xnak dengar suara kita
Allah murka dengan kita
Allah x kasi hidayah dan rahmatNya lagi

bersyukurla kawan2 dengan Ujian yang Allah kasi kepada kita..

Ujian yang kami terima.

1st ujian 
Profesional pekerjaan saya sebagai doctor sakit puan.
sebelum berangkat ke tanah suci.
saya hadapi
satu maternal mortalily(kematian ibu mengandung)..pening kepala juga nak jawab dengan Pejabat kesihatan.kementerian kesihatan.Punca kematian Amniotic Fluid Embolism
dua perinatal mortalitu(kematian anak) satu mati dalam kandungan dan satu mati sebab aspiration pneumonia.
3 kejadian ini berlaku seminggu sebelum kami berangkat ke Tanah suci
SubhanaAllah,Alhamdulilah berat sungguh ujian yang Allah kasi ini..

2nd ujian
Mengenai tiket penerbangan kami
pada mulanya tarikh 15/4/2013 tapi di beritahu bahawa tarikh yang kami ambil ini tidak confirm lagi.
pihak agent minta kami pergi awal(7/4/2013).
tapi kami tidak dapat pergi pada tarikh yang di pinta sebab oncall timetable sudah buat dan cuti sudah mohon..susah untuk kakitangan penjawat awam kesihatan untuk ubah tarikh cuti mereka..
Alhamdulilah Allah makbulkan doa kami.agent call kami balik mengenai penerbangan 15/4/2013 sudah confirm dan kami boleh terbang pada tarikh tersebut turun di mekah dahulu.

3rd ujian
ujian visa..
11/4/2013(rabu) kami di beritahu bahawa visa kami tidak dapat lagi dan kami tidak boleh flight pada tarikh 15/4/2013,kami diberitahu oleh pihak agent bahawa kedutaan arab saudi ingin photostat sijil nikah yang disahkan oleh pejabat agama islam malaysia berkuatkuasa 9/4/2013.
kami pun segera menyediakan document yang diminta oleh pihak kedutaan untuk visa kami ke tanah suci.
Alhamdulilah dengan bantuan hj dzulkarnain.document kami dapat di hantar ke agent pada hari yang sama diberitahu.dan document di hantar ke Wisma putra pada 12/4/2013 tetapi passport kami di johor bahru di ibu pejabat agent.ya Allah kuat ujian ini.13/4/2013 passport kami baru dapat hantar ke wisma putra tetapi agent kami gagal untuk mendapat visa pada hari tersebut.
saya berhubung dengan en alif fahmi di jb yang menguruskan visa.dia janji akan uruskan visa kami pada hari isnin tersebut dan kami akan flight pada 18/4/2013..dengan bussiness class seat dan bilik penginapan berdua di madinah dan mekah.Pada 18/4/2013 kami akan turun di madinah dahulu.Akhirnya kami bukan flight pada 15/4/2013 tapi flight pada 18/4/2013.hehehe.kami hamba yang mampu merancang dan melaksanakan apa yang dirancang..

Allhamdulilah.ya Allah cantik sungguh percaturan yang Engkau berikan kepada kami.Engkau beri kami ujian dan Engkau beri kami nikmatMu.Sesungguhnya aku insan yang lemak dan daif ya Allah..


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita,sesungguhnya kita hanya hamba yang cuba untuk melaksanakan apa yang kita rancang.Rancangan Allah adalah yang terbaik.tq Allah



No comments:

Post a Comment