Monday 6 May 2013

Umrahku RahmatMu (2) (persiapan rohani)

Rohani..
hurmm persiapan ni susah sikit..sebab dia bukan persiapan fizikal yang kita boleh nampak..
persiapan ini hanya Allah dan diri kita sendiri sahaja tahu..

1st.
kita ingat solat yang kita buat selama ini dah cukup untuk menjamin kita masuk syurga??
kita ingat sedekah yang kita boleh jamin kita masuk syurga??
kita ingat puasa sunat yang kita buat boleh jamin kita masuk syurga??
kita ingat amalan baik yang kita buat boleh jamin kita masuk syurga??
kita ingat duit dan harta kita yang banyak boleh jamin kita masuk syurga???
kita KENA ingat bahawa cuma dengan RAHMATNYA sahaja kita masuk syurga.

cuba kita  insafi diri dan bertaubat.
cuba kita renung berapa byk dosa yang kita buat secara sengaja dan tidak sengaja..
cuba kita renung kembali apa yg kita pernah buat dulu.
cuba kita ingat apa yang kita buat salah dulu..
cuba kita ingat berapa ramai manusia kita buat salah.
cuba kita ingat berapa ramai manusia kita tipu..
cuba kita ingat sumber rezeki kita halal atau haram
cuba kita ingat berapa bongkaknya kita dulu
cuba kita ingat berapa bakhil,kedekut dan tamaknya kita
cuba kita ingat berapa ramai manusia kita sudah aniaya

Jika kita hitung kembali..pahala yang kita lakukan.pahala yang kita amalkan x boleh terbayar sedikit pun dengan nikmat yang Allah kasi kepada kita..sebesar biji sawi pun kita x mampu nak bayar nikmat yg Allah kasi kepada kita walaupun kita solat seribu tahun,puasa seribu tahun..
kita kena ingat hanya dengan RAHMATNYA sahaja kita masuk syurgaNya..

bagaimana hendak dapat RAHMATNYA..
berdoa bebanyak..bagaimana doa hendak dimakbulkan banyak kan bertaubat dan beristigfar.
banyak beramal soleh untuk Allah makbulkan doa kita..
SEMUA ini Milik ALLAH..blogspot ni pun milik Allah..idea ni pun Milik Allah..
kita tiada apa2 pun..
kita hanya
Seorang Peminjam yang sombong
seorang peminjam yang bongkak
seorang peminjam yang tidak bersyukur
seorang peminjam yang riak dan takbur
seorang peminjam yang lupa diri
 tapi betapa sayangnya Allah kepada kita,
Dia tetap bagi kita pinjam semua nikmatNya tanpa meminta sebarang interest daripada kita pun..(0 % interest) 

wahai kawan2 ku yang hendak pergi Umrah atau Haji.Anda telah dipilih olehNya untuk menjadi tetamu di Rumah suci Nya..
kamu semua telah dipilih untuk bertaubat.
kamu semua telah di beri peluang untuk rehearsal sebelum berjumpa Pencipta kita yang paling Agung.ALLAHHUAKBAR

Jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan kepada kita ini..
Gunakan peluang ini untuk bertaubat,
Gunakan peluang ini untuk berdoa
Gunakan peluang ini untuk merayu RahmatNya untuk syurgaNya.

setakat ini sahaja bingkisan hati dari seorang hamba Allah yang terlalu hina dan berdosa

p/s: untuk pengguna android sila download Application ini.Muslim Life Checklist..
if xblh download..sy boleh share.sila we chat me (zharif6023).Application ni best..cuba try..
baru kita dapat muhasabah diri kita..betapa kurangnya amalan kita

selamat beramal

to be continued...

No comments:

Post a Comment