Thursday 16 May 2013

selamat hari guru


Selamat hari Guru (16/5/2013)

Engkaulah Guruku yang terbaik sehingga akhir hayat ku

Sebelum aku lahir ke muka bumi ini lagi.
Engkau dah start mengajar dan mendidik aku
Engkaulah Guruku yang mendidik aku sejak dalam kandungan lagi
Engkau mengajar aku bercakap perkataan mama papa bye2
Engkau mengajar aku bertatih dan merangkak
Engkau mengajar aku berjalan
Engkau selalu mendengarkan ayat-ayat al-quran untuk ku
Engkau mengajar aku mengajar aku mengenal dunia
Engkau mendidik aku menjadi orang yang berguna
Engkau mengajar aku mengenal dosa dan pahala
Engkau mengajar aku mengenal penciptaKu
Engkau mengajar aku ABC dan 123
Engkau mengajar aku mengira dan membaca
Engkau mengajar aku sehingga aku berjaya menjadi seorang doctor
Engkau mengajar aku tentang kehidupan
Engkau mengajar aku cara untuk menghormati orang tua
Engkau mengajar aku cara puasa dan solat

Mak dan ayah
Engkaulah Guru yang terbaik dan yang masih setia dengan aku sehingga hari ini.
Engkaulah guru yang tidak pernah putus asa mendidik aku sehingga aku sudah berumah tangga
Engkaulah guru yang tidak pernah meminta yuran pengajian untuk mendidik aku yang jahil dengan kehidupan ini.
Engkaulah guru yang bersungguh-sungguh untuk melihat aku berjaya

tq mak tq ayah kerana sudi menjadi Guru untuk diriku ini.
 
Selamat hari guru untuk mak ayah.dan mak abahku..
luahan hati kecilku untuk kedua-dua ibu bapa ku.
 
p/s:selamat hari guru untuk guru2 sekolah rendah ku(Sekolah Rendah Bandar Maharani),guru2 sekolah menengahku(Maahad Muar dan Mrsm q-ber),guru2 university ku(RSMU)
tq to u All
 
tanpa dirimu semua tiadalah aku disini pada hari ini...
aku hanyalah insan yang perlu di bimbing lagi
aku perlu bimbingan Mu juga
Ya Allah



No comments:

Post a Comment