Monday 6 May 2013

Umrahku RahmatMu (2)(kesihatan)

Persiapan untuk ke Umrah(Fasa 2)

kali ni nak cerita pasal persiapan ke Umrah..byk gak nak share..

1st persiapan diri.

kesihatan..
Dari segi kesihatan kena fit sikit..

kalau boleh adviseable utk buat jogging setiap pagi atau petang utk yg x pernah jogging.supaya boleh tawaf dan saie dengan mudah.dan x cepat letih masa buat umrah.
tawaf ambil masa 45 minit paling cepat.saie tu sejauh 3.5km(satu pusingan 500m)
plus jarak hotel ke masjidil haram paling dekat 300m sekarang ni..(ada lagi dekat safa tower(lbh kurang 100m) tapi harga pakej dia mak aih paling murah yang saya tanya pada jemaah yang saya jumpa di mekah lebih kurang rm 8000..kalau ada kemampuan lebih,boleh cari pakej2 ni.

Lagi jauh lagi byk dugaan dan lagi byk pahala..hehe.
Lagi dekat lagi mudah lagi cepat untuk kejar saf solat dan lagi byk ibadat dapat di lakukan,..
Jgn risau Allah tu Maha Adil dan Maha Kaya.Dia akan bantu hambaNya dengan sebaik yang boleh k..doa bebyk denganNya dan minta denganNya agar dipermudahkan urusan k..

Injection untuk acwx vaccine(meninggococeal injection) untuk umrah boleh didapati di klinik2 private harga sekitar rm 120 ( tahan selama 3 tahun).Injection ni amat penting sgt.kerana kebanyakkan jemaah yang balik akan dapat URTI (upper respiratory tract infection) di khuatiri yang paling bahaya meninggococeal infection yang boleh menyebabkan berlaku sawan dan encephalitis and meningitis.Vaccine ini untuk prevention.jgn lupa bawa face mask

"lebih baik mencegah daripada merawati"

untuk yang ada kencing manis,darah tinggi.sakit jantung,semput dan rabun
sila buat medical check up dan check penglihatan
sebelum anda pergi ke Umrah.make sure anda betul2 sihat untuk buat umrah
jgn lupa bawa ubat-ubatan secukupnya untuk ke sana..
sila remind mutawif(ustad yg mengiringi ke Umrah) mengenai penyakit kamu

senaraikan sakit apa yang korang hidapi beserta nama ubat yang korang makan
dan alahan pada makanan atau ubat-ubatan di atas satu kertas yang lawa dan di laminatekan.
kertas yang telah di laminatekan itu sila letak bersama passport nnt k.atau letak dalam sling bag umrah yang disediakan bersama pakej..

contoh :


Nama: Ahmad bin Abu
Passport number: A12345678
Penyakit : darah tinggi

Ubat yang di ambil: t.amlodipine 10 mg OD(nama ubat sila tanya doctor yang rawat anda)

Alahan: telur,seafood

p/s:penting masa kecemasan..supaya dapat memberi rawatan terbaik utk kita.

"sediakan payung sebelum hujan,jgn dah hujan baru nak pakai payung.."
"badan yang sihat,ibadat yang khusyuk"

untuk wanita yang takut period masa umrah ada ayat amalan yang boleh diamalkan
dan untuk ubat yang hendak di ambil.sila ambil 3 bulan sebelum dan makan setiap bulan.supaya kita dapat control period kita..(jgn amik injection sbb injection x berhenti kan period serta merta)..
ubat yang kita makan itu merupakan pil perancang(contraception pil)..tapi kena faham ye..ni semua usaha kita untuk bantu control period kita tapi semua ni atas izin Allah.
jgn risau Allah nampak hambanya yang usaha.lagi byk kita lagi usaha lagi byk ujian yang diberi..
minta dengan Allah.(doctor hanya perantaraan(medium) yang membantu k)
insya Allah akan kasi k.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.

Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.

Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah 

to be continued......

No comments:

Post a Comment