Saturday 20 June 2015

Pengorbanan seorang isteri & umi kepada mikail






3rd ramadhan(20/6/2015)

arini aku oncall...

di saat sibuk ini aku teringat isteri yang amat aku sayangi NOOR FADZILAH
Ya Allah terima kasih kerana Engkau kurniakan aku seorang isteri yang amat sempurna dan menyempurnakan agama dan hidupku ini.

Ya Allah pengorbanan isteriku amatlah besar dan terlalu hebat-disaat ini isteriku memerlukan seorang suami untuk berbuka puasa,memerlukan suami untuk membantu menjaga mikail,memerlukan suami untuk menemani beliau pergi ke Bazaar ramadhan,tapi aku tidak dapat menghadirkan diri ku ketika dia amat memerlukan aku.
ketika ini aku sibuk membantu ibu2 yang ingin bersalin di dewan bersalin & membantu khalifah-khalifah yang bakal mengegar dunia ini lahir di muka bumi ini.
apa perasaan isteri ku???
Ya Allah betapa tabahnya Noor Fadzilah ini,
ya Allah betapa hebatnya Noor Fadzilah ini
Ya Allah betapa sabarnya Noor Fadzilah ini
Ya Allah betapa besarnya pengorbanan perasaan dan jiwa Noor Fadzilah ini

Jika aku di tempat beliau,aku rasa aku tidak sehebat,aku tidak setabah ini dan sesabar ini.
Ya Allah terima kasih sekali lagi diatas anugerah yang terindah Engkau kurniakan kepada ku ini(Noor Fadzilah).

aku tidak kisah jika dia hendak membebel berguni-guni,
aku tidak kisah jika dia hendak menyuruh ku membantu dia buat kerja rumah
aku tidak kisah jika dia hendak meluahkan perasaan penat dia,

sebab pengorbanan dia Amat lah besar,di samping pengorbanan jiwa dan dia terpaksa berkorban kepentingan peribadinya untuk membesarkan Ahmad Mikail,dia lah abi & dia lah Umi ketika aku oncall..
betapa hebatnya isteriku ini(Noor Fadzilah).

Dia membebel sebab dia sayang aku,dia rindu untuk berbual dia ingin meluahkan perasaan rindunya dalam bentuk kata-kata,dia rindu untuk bermanja denganku.
Dia meminta aku membuat kerja rumah sebab dia rindu masakan ku,dia rindu layanan ku ketika kami mula-mula kawin dulu,dia ingin mengingatkan aku kembali saat bahagia kami agar aku tidak lupa padanya
dia meluahkan perasaan penat dia sebab dia hanya ada aku sahaja dalam hidupnya tempat untuk meluahkan perasaan..


Terima kasih yang tidak terhingga wahai sayangku Noor Fadzilah,pengorbanan mu terhadapku dan Ahmad Mikail amat besar..


P/s:untuk lelaki di luar sana,hargailah isteri anda....hayatilah pengorbanan nya

Yang Ikhlas Menulis:
Suami kepada Noor Fadzilah & abi kepada Ahmad Mikail Al Ghazi

No comments:

Post a Comment